Jana Pendapatan mcm Saya.KLIK iklan ini.. :))

Selasa, 11 Ogos 2015

Makanan Penyebab Utama Kanser

Kanser atau barah merupakan salah satu daripada pembunuh utama di Malaysia. Selain daripada genetik, pemakanan juga merupakan faktor yang menyebabkan kanser. Berikut adalah makanan-makanan yang boleh menjadi penyebab utama kepada kanser.  


1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.

2. Daging Proses
Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.



Image result for sosej
Ihsan Google

3. Microwave Popcorn
US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.


Image result for microwave popcorn
Ihsan Google

4. Pop Soda
Seperti daging yang diproses, pop soda juga dikatakan boleh menyebabkan kanser. Padat dengan gula, bahan kimia dan pewarna, pop soda boleh mengasidkan dan secara tak langsung membuka laluan untuk sel kanser. 



Image result for pop soda
Ihsan Google

5. Makanan/Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

Image result for pemanis tiruan
Ihsan Google

6. Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita. 



Image result for tepung putih
Ihsan Google

7. Gula Halus
Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik
Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan. 

Image result for buah buahan
Ihsan Google

9. Salmon Yang Diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.




Image result for salmon
Ihsan Google

10. Minyak Hydrogenated
Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

Isnin, 11 Ogos 2014

Sumber Makanan yang Mengandungi Kalsium yang Tinggi

1. Keju
Keju merupakan makanan yang bahan dasarnya adalah susu. Keju memiliki hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, fosforus, lemak dan kolesterol. Namun ingat susu juga akan menyebabkan ganguan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

2. Yogurt
Yogurt, adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Yogurt boleh dibuat dari apa saja jenis susu termasuk susu kacang soya. Namun kebanyakan yogurt sendiri dibuat dari susu sapi. Yogurt juga merupakan makanan tinggi kalsium kerana bahan dasar susu yang sudah pasti memiliki sebahagian besar kandungan gizi susu.

3. Sayuran Hijau
Siapa sangka ternyata dalam sayuran pun terdapat kandungan kalsium yang tinggi dan kia dapat manfaatkan untuk memenuhi keperluan kalsium. Sayuran yang mengandungi kalsium tinggi iaitu brokoli dan bayam.

4. Kacang soya
Tahukah anda, kacang soya juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi. Jika satu cawan kacang soya direbus tanpa dicampuri garam, maka akan menghasilkan 261 mg kalsium. Selain itu, ada juga olahan dari kacang soya yang juga bermanfaat, iaitu susu soya.

5. Ikan Salmon
Ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Selain itu 3 auns salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181 mg kalsium.

6. Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering dapat memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan tubuh. Buah kering menawarkan 135 mg kalsium untuk 5 jenis buah kering.

7. Kacang Putih
Kacang putih memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi. Di dalam 100 gram kacang putih terdapat 442 mg kalsium. Kacang putih termasuk ke dalam kategori kacang dengan kandungan kalsium yang tinggi. Pada umumnya kacang putih memiliki kandungan kalsium sebanyak 175 mg / hidangan.

8. Lobak
Sayuran yang biasa dimasak di dalam sup sayur ini mengandungi kalsium yang tinggi iaitu sekitar 200 mg / batang. Memakan sup sayur yang dicampur lobak selain memenuhi  keperluan vitamin A juga dapat dijadikan salah satu cara untuk memenuhi keperluan kalsium

9. Biji Bijan
Siapa sangka biji bijan memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Dalam 1 auns biji bijan terdapat 280 mg kalsium, jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah kalsium dalam 1 gelas susu.

Biji Bijan (sumber google)

10. Susu soya
Selain soya, susu soya juga kaya akan kalsium iaitu sekitar 300 mg kalsium, jika dihidangkan tanpa dicampur dengan makanan lain.

11. Limau/Lemon/Oren
Buah yang satu ini sudah tentu tidak asing bagi kita. Limau/Lemon/Oren boleh ditemui dihampir setiap tempat. Selain memiliki kandungan vitamin C, Limau/Lemon/Oren juga memiliki kandungan kalsium sebanyak 60 mg

12.Oatmeal
Oatmeal merupakan makanan yang baik bagi jantung, kaya dengan serat dan mengandungi karbohidrat. Selain itu oatmeal juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi, dalam 1 mangkuk oatmeal mengandung 105 mg kalsium.

13. Ikan Sardin
Sardin merupakan hasil olahan dari ikan laut yang ditinkan dapat memenuhi 33 % kalsium yang diperlukan tubuh. Ambillah ikan sardin minima 1 minggu 1 kali.

14. Tofu
Tofu adalah makanan yang dibuat dari endapan soya yang difermentasikan, sama juga dengan tauhu. Tofu ini biasanya dipanggil tauhu versi jepun. Tofu sendiri lebih sedap dan kurang tahan terhadap pengolahan. Kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, tofu sendiri dicadangkan sebagai makanan pengganti susu.

15. Kale
Merupakan sayuran yang termasuk ke dalam jenis kubis atau lebih sering dikenal dengn kol. Dalam setiap 1 cawan kale terkandung 90 mg kalsium. Dengan kata lain 3-5 cawan kale akan lebih bermanfaat daripada 1 gelas susu.

Kale (sumber : google)


16. Kinoa / quinoa
Kinoa / quinoa merupakan tanaman serealia semu yang selama ini menjadi makanan bagi masyarakat asli Red Indian di Pegunungan Andes, Amerika Selatan. Kinoa disebut serealia semu kerana bijinya bukan dihasilkan dari padi. Daunnya dapat dimakan sebagaimana bayam biji. Biji kinoa sangat ideal sebagai sumber gizi kerana mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi. Jika dimasak, 1 cawan kinoa memberikan 60-100 mg kalsium.

Kinoa (sumber :google)


17. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran yang termasuk dalam jenis kubis. Brokoli bermanfaat bagi kesihatan bahkan dapat dikatakan bahawa brokoli merupakan sayuran dengan kandungan kalsium tertinggi iaitu 180 mg.

18. Kacang Badam
Kacang Badam yang biasa digunakan sebagai makanan adalah kaya dengan vitamin E. Selain itu kacang badam juga mengandungi 70-80 mg kalsium.

19. Pisang

Pisang adalah jenis buah-buahan yang sudah tidak asing lagi bagi kita. Kerana pisang terdapat dihampir semua tempat. Pisang kaya mineral seperti kalium, magnesium, fosforus, besi, dan kalsium.

Khamis, 13 Mac 2014

Kebaikan Lemon Untuk Tubuh





Air putih/kosong/mineral merupakan keperluan utama kita dalam menjaga keseimbangan dan kesihatan tubuh badan kita. dalam sehari, kita perlu minum dalam anggaran 8 gelas sehari. Tapi, jika anda bosan untuk minum air kosong / air mineral, anda boleh cuba minum air lemon.




1. Membersihkan kulit
Salah satu alasan yang meyakinkan untuk minum air lemon adalah dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Air sendiri dapat membantu membuang racun, tetapi vitamin C dalam lemon membantu pembersihan racun dari darah kita untuk menghilangkan noda dan mengurangi garis-garis halus dan kedutan di wajah.

2. Menyeimbangkan pH Anda
Air lemon dapat menyeimbangkan pH dalam tubuh Anda. Memang lemon rasanya sangat masam, tetapi mereka benar-benar memiliki kesan yang menakjubkan pada tubuh kita. Menjaga pH tubuh seimbang,mencegah munculnya virus dan bakteria jahat di dalam tubuh.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Manfaat lain dari air lemon ialah membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita. Potassium dalam jus lemon membantu mengawal tekanan darah, merangsang fungsi otak dan saraf dan vitamin C membantu melawan selesema. Jika Anda sudah sakit, cubalah minum jus lemon yang ditambah satu sudu madu.

4. Turunkan berat badan
Air lemon juga membantu dalam penurunan berat badan! Mengambil minuman ini sebagai rutin boleh membuatkan anda cepat kurus. Di samping itu, minum air lemon membantu meningkatkan metabolisme Anda. 




5. Menyegarkan nafas
Kita sekarang tahu bahwa air lemon memiliki banyak manfaat, dan salah satu kebaikkannye adalah membantu menyegarkan nafas kita! Ini benar-benar efektif untuk saat Anda ingin menyegarkan nafas Anda setelah mengambil makanan pedas atau sesudah merokok. Semua hal ini dapat mengeringkan mulut Anda, yang dapat menyebabkan nafas berbau, maka jangan lupa untuk minum air lemon.

6. Meningkatkan fungsi sistem otak 
Lemon mengandungi banyak potassium. Kurangnya potassium dalam tubuh adalah berkait rapat dengan depresi, sifat pelupa, perasaan cemas, dan kelemahan fungsi sistem otak. Oleh itu, minumlah air lemon!!!

7. Membantu masalah pernafasan
Jika Anda mengalami masalah pernafasan seperti infeksi atau asma, air lemon merupakan minuman yang ideal untuk Anda! Air ini memiliki sifat antibakteria dan membantu menyingkirkan infeksi dada serta mengurangkan batuk. Air lemon juga dikatakan sebagai ubat semula jadi untuk membantu alahan kerana membantu menjaga tubuh anda agar lebih seimbang.




Air lemon memiliki beberapa manfaat yang menakjubkan. Sangat mudah untuk disediakan, selain itu, ia murah dan lazat. Selamat mencuba!!!!

Rabu, 11 Julai 2012

Jangan Rendam Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit


Pagi tadi, saya menikmati teh hijau yang dikatakan banyak khasiatnya. Memang tidak dinafikan dan saya sendiri dapat merasa kebaikannya sekiranya kita mengamalkan meminun teh hijau ni secara konsisten.. InsyaAllah... 

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.
Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.
Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.
Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.
Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 – 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang ‘terhilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.
Dipetik dari: ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA