Pagi tadi, saya menikmati teh hijau yang dikatakan banyak khasiatnya. Memang tidak dinafikan dan saya sendiri dapat merasa kebaikannya sekiranya kita mengamalkan meminun teh hijau ni secara konsisten.. InsyaAllah...
Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.
Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.
Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.
Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.
Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 – 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang ‘terhilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.
Dipetik dari: ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA