1. Keju
Keju merupakan makanan yang bahan dasarnya adalah susu. Keju
memiliki hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin,
mineral, kalsium, fosforus, lemak dan kolesterol. Namun ingat susu juga akan
menyebabkan ganguan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
2. Yogurt
Yogurt, adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria.
Yogurt boleh dibuat dari apa saja jenis susu termasuk susu kacang soya. Namun
kebanyakan yogurt sendiri dibuat dari susu sapi. Yogurt juga merupakan makanan
tinggi kalsium kerana bahan dasar susu yang sudah pasti memiliki sebahagian
besar kandungan gizi susu.
3. Sayuran Hijau
Siapa sangka ternyata dalam sayuran pun terdapat kandungan
kalsium yang tinggi dan kia dapat manfaatkan untuk memenuhi keperluan kalsium.
Sayuran yang mengandungi kalsium tinggi iaitu brokoli dan bayam.
4. Kacang soya
Tahukah anda, kacang soya juga mengandungi kalsium yang
cukup tinggi. Jika satu cawan kacang soya direbus tanpa dicampuri garam, maka
akan menghasilkan 261 mg kalsium. Selain itu, ada juga olahan dari kacang soya
yang juga bermanfaat, iaitu susu soya.
5. Ikan Salmon
Ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Selain
itu 3 auns salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181 mg
kalsium.
6. Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering dapat memenuhi keperluan kalsium yang
diperlukan tubuh. Buah kering menawarkan 135 mg kalsium untuk 5 jenis buah
kering.
7. Kacang Putih
Kacang putih memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi.
Di dalam 100 gram kacang putih terdapat 442 mg kalsium. Kacang putih termasuk
ke dalam kategori kacang dengan kandungan kalsium yang tinggi. Pada umumnya
kacang putih memiliki kandungan kalsium sebanyak 175 mg / hidangan.
8. Lobak
Sayuran yang biasa dimasak di dalam sup sayur ini
mengandungi kalsium yang tinggi iaitu sekitar 200 mg / batang. Memakan sup
sayur yang dicampur lobak selain memenuhi
keperluan vitamin A juga dapat dijadikan salah satu cara untuk memenuhi
keperluan kalsium
9. Biji Bijan
Siapa sangka biji bijan memiliki kandungan kalsium yang
tinggi. Dalam 1 auns biji bijan terdapat 280 mg kalsium, jumlah tersebut hampir
sama dengan jumlah kalsium dalam 1 gelas susu.
Biji Bijan (sumber google) |
10. Susu soya
Selain soya, susu soya juga kaya akan kalsium iaitu sekitar
300 mg kalsium, jika dihidangkan tanpa dicampur dengan makanan lain.
11. Limau/Lemon/Oren
Buah yang satu ini sudah tentu tidak asing bagi kita. Limau/Lemon/Oren boleh ditemui dihampir setiap tempat. Selain memiliki kandungan vitamin C, Limau/Lemon/Oren juga memiliki kandungan kalsium sebanyak 60 mg
12.Oatmeal
Oatmeal merupakan makanan yang baik bagi jantung, kaya
dengan serat dan mengandungi karbohidrat. Selain itu oatmeal juga mengandungi
kalsium yang cukup tinggi, dalam 1 mangkuk oatmeal mengandung 105 mg kalsium.
13. Ikan Sardin
Sardin merupakan hasil olahan dari ikan laut yang ditinkan
dapat memenuhi 33 % kalsium yang diperlukan tubuh. Ambillah ikan sardin minima
1 minggu 1 kali.
14. Tofu
Tofu adalah makanan yang dibuat dari endapan soya yang
difermentasikan, sama juga dengan tauhu. Tofu ini biasanya dipanggil tauhu
versi jepun. Tofu sendiri lebih sedap dan kurang tahan terhadap pengolahan.
Kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, tofu sendiri dicadangkan sebagai
makanan pengganti susu.
15. Kale
Merupakan sayuran yang termasuk ke dalam jenis kubis atau
lebih sering dikenal dengn kol. Dalam setiap 1 cawan kale terkandung 90 mg
kalsium. Dengan kata lain 3-5 cawan kale akan lebih bermanfaat daripada 1 gelas
susu.
Kale (sumber : google) |
16. Kinoa / quinoa
Kinoa / quinoa merupakan tanaman serealia semu yang selama
ini menjadi makanan bagi masyarakat asli Red Indian di Pegunungan Andes,
Amerika Selatan. Kinoa disebut serealia semu kerana bijinya bukan dihasilkan
dari padi. Daunnya dapat dimakan sebagaimana bayam biji. Biji kinoa sangat
ideal sebagai sumber gizi kerana mengandungi karbohidrat dan protein yang
tinggi. Jika dimasak, 1 cawan kinoa memberikan 60-100 mg kalsium.
Kinoa (sumber :google) |
17. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran yang termasuk dalam jenis kubis.
Brokoli bermanfaat bagi kesihatan bahkan dapat dikatakan bahawa brokoli
merupakan sayuran dengan kandungan kalsium tertinggi iaitu 180 mg.
18. Kacang Badam
Kacang Badam yang biasa digunakan sebagai makanan adalah
kaya dengan vitamin E. Selain itu kacang badam juga mengandungi 70-80 mg
kalsium.
19. Pisang
Pisang adalah jenis buah-buahan yang sudah tidak asing lagi
bagi kita. Kerana pisang terdapat dihampir semua tempat. Pisang kaya mineral
seperti kalium, magnesium, fosforus, besi, dan kalsium.