Jana Pendapatan mcm Saya.KLIK iklan ini.. :))

Isnin, 6 Jun 2011

Bulu Mata Lentik???


setiap orang mengidamkan bulu mata yg cantik,panjang dan lentik....hmmm...saya pun mcm tu jugak...selalunya saya akan pakai maskara utk lentikkan dan manebalkan bulu mata...tapi selalunya saya lebih suka pakai bulu mata palsu...yerla...xde la bulu mata saya rosak biler diselaputi dgn maskara yang tebal...tapi baru2 ni husband saya da x kasi lg pakai bulu mata palsu...katanye bole sebabkan kanser...so...saya da x pakai da bulu mata palsu...hmmm...da x nmpk lentik dan lebat la bulu mata saya...

 


ari ni nk share la cket petua utk lentikkan bulu mata...so..pasni bole la kite amalkan same2...utk cntk...kene rajin cket yer....:D

Petua Lentikkan & Lebatkan Bulu Mata

Cari daun lidah buaya. Elok juga kalau ditanam pokok lidah buaya ni di kawasan rumah, sebab banyak sugguh petua-petua lama yang melibatkan penggunaan daun lidah buaya ni. Hmm.. kita teruskan dengan petua lentikkan bulu mata tadi. Dari daun lidah buaya tu keluarkan lendirnya. Kendian setiap malam, ketika nak tidur sapukan lendir tersebut pada bulu mata. Biarkan sampai pagi. Cuba amalkan setiap hari. Anda pasti akan perasan hasilnya. Bulu mata lentik semulajadi. 

Kenapa Bulu Mata Menipis?

Tahukah anda teknik menanggalkan solekan mata merupakan salah satu sebab bulu mata gugur? Ada kalanya anda menggosok atau menyapu kuat pada kelopak mata untuk menanggalkan solekan pembayang mata, eye liner dan maskara. Pemakaian maskara yang tebal secara kerap juga akan membuatkan bulu mata menjadi berat dan condong ke bawah dan serta menjejaskan kelentikan bulu mata. Jika tidak menggunakan penanggal mekap yang berkesan, maka inilah kemungkinannya.


Kitaran bulu mata yang gugur lazimnya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 8 minggu untuk tumbuh semula sepenuhnya. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kitaran ini akan mengambil masa yang lebih lama. Sememangnya kita mahukan bulu mata yang lentik, tebal atau panjang agar penampilan kekal menarik sentiasa namun faktor umur harus diambil kira kerana peningkatan umur menyebabkan bulu mata semakin kurang atau tipis.

Setiap bulu mata tumbuh pada ukuran panjang yang tertentu. Apabila ia mencapai ukuran yang sepatutnya, ia akan berhenti memanjang dan gugur dengan sendiri. Kemudian, bulu mata yang baru akan tumbuh secara semula jadi. Panjang bulu mata mempunyai ukuran maksimun bergantung kepada keturunan atau genetik.jadi...kalau bulu mata jatuh tu...bukan la meknenyer ade org rindu yer.... :D

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan