Jana Pendapatan mcm Saya.KLIK iklan ini.. :))

Selasa, 7 Jun 2011

Cantik Dengan Bahan Organik

Kulit yang cantik, licin dan tiada masalah sering dikaitkan dengan penggunaan produk keantijan yang mahal dan berjenama terkenal..Namun ramai yang tidak tahu disekeliling kita terdapat pelbagai bahan2 organik dan bersifat semula jadi yang boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.

Penggunaan bahan2 organik seperti ini bukan sahaja ebih murah, malahan kita tidak perlu berdepan dengan pelbagai risiko seperti penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia.

Disini Lady Fuza ingin berkongsi teltang bahan2 organik yang boleh kita gunakan untuk tujuan kecantikan yang boleh kita amalkan.



MADU sememangnya membekalkan khasiat yang tinggi untuk kecantikan. selain melembapkan kulit, madu juga boleh mengurangkan risiko iritasi pada kulit. anda juga boleh menggunakan madu untuk melembapkan bibir dengan cara menyapukannya pada bibir.



DAUN LIDAH BUAYA sering digunakan oleh wanita untuk mendapatkan rambut yang lebat dan hitam. lendir pada daun lidah buaya dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala malah ia mampu mengubati kesan luka akibat kulit terbakar.



TEH HIJAU boleh dijadikan minuman setiap hari agar kecantikan kulit anda terpelihara. teh hijau dipercayai dapat membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang berasal dari pemakanan dan pencemaran.



HALIA bukan sahaja membantu mningkatkan kesihatan, malah berguna unu kecantikan. rasa hangat yang terdapat dalam halia dapat melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. namun, sebelum menggunakan halia pada kulit, uji ketahanan kulit dahulu bagi mengelakkan berlakunya iritasi.



ANGGUR begitu kaya dengan antioksidan di bahagian kulit dan bijinya. anggur begitu baik untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.



LEMON boleh bertindak sebagai antibakteria (pelindung) wajah sehingga boleh mencegah masalah jerawat. anda juga boelh menggunakan lemon dengan menggsokkannya pada bahagian tumit, siku dan lutut bagi menghilangkan masalah kulit kering.



COKLAT sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat untuk kecantikan kulit. marker coklat misalnya, berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, menegangkan dan menghaluskan kulit. selain itu, coklat juga boleh melambatkan proses penuaan kulit.



BETIK mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi. ia amat berguna sebagai antioksidan. betik juga boleh membantu menanggalkan lapisan kulit mati pada pernukaan kulit, menghilangkan kesan kehitaman dan mengimbangi keserataan warna kulit.



LAVENDER kebiasaannya dijadikan sebagai haruman aromaterapi yang membantu menenangkan fikiran. sebenarnya lavender juga dapat meningkatkan pertumbuhan sel dan membunuh bakteria penyebab jerawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan