Jana Pendapatan mcm Saya.KLIK iklan ini.. :))

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenali Personaliti Diri Dari Bentuk Hujung Gincu

Hai semua...
da seminggu lady fuza ni x update blog ni...hehehe...maklum saje la...bz dgn tugas2 hakiki...yerla...bile ade kat umah...byk la hal nk kene setel...


ari ni sy nk share sikit tentang rahsia personaliti diri melalui bentuk hujung gincu.....betul ke x????jom kite baca same2...




Tirus tajam
menunjukkan anda seorang wanita yang berani, lincah dan agresif. Anda lebih dikenali sebagai wanita yang bebas, tidak suka dikongkong dan sentiasa hendak keluar dari kepompong..anda juga berani menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kadang2 anda agak keterlaluan…maka berhati-hatilah dalam setiap tindak tanduk anda. Jangan sampai orang d sekeliling anda merasa meluat dengan anda..tidak salah untuk berani tetapi biar berpada-pada dan kena pada tempatnya...

Rata
bentuk yang rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang wanita yang tenang dan tidak suka pada keadaan yang kelam kabut. Anda juga seorang yang low profile. Bagaimanapun, anda juga haruslah berusaha untuk mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika terdapat diantara rakan anda yang mengatakan anda seorang yang lambat, terhegeh-hegeh dan beku!

Bujur
jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang wanita yang ideal dan menjadi idaman ramai lelaki.ada juga sesetengah pendapat mengatakan bentuk hujung gincu yang bujur ini sexy. Semua orang mudah bersahabat dengan anda kerana sikap anda yang sentiasa ceria dan happy go lucky. Biarpun anda sentiasa sibuk dengan kerja anda, namun anda masih lagi ceria. Ini akan menaikkan semangat anda dan orang disekeliling anda. Maka, terus kekalkan sikap positif anda ini.

Tajam dan condong
anda seorang yang cerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering melakukan hal anda sendiri dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling anda. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman anda. bagus!!! Kekalkan sikap baik anda ini kerana ianya akan menjaga hubungan anda dengan teman-teman anda tetapi lebih baik jika anda mengubah sikap anda yang pendiam dan menyendiri itu. Bimbang anda akan dituduh anti sosial dan kera sumbang.

Melengkung ke dalam
hati-hati dengan sikap anda. Hujung gincu melengkung kedalam ini melambangkan anda seorang yang rakus, gelojoh dan tidak sabar.bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh gapah ketika menyapunya ke bibir…anda menonyoh gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung kedalam. Anda juga mungkin seorang yang banyak mulut (kecoh),suka bergossip dan merasa tidak senang jika ada insan yang melebihi anda..anda sentiasa mahu menjadi yang teratas dan sanggup berbuat apa sahaja untuk berjaya.bagus sikap anda yang gigih berusaha.

1 ulasan:

  1. tolong tukar font color tu...xleh nak baca. tq

    BalasPadam